Lawatan Penanda EKSA Aras di SK Mukah

Seramai 26 orang peserta dari Jawatankuasa EKSA PMU telah mengadakan Lawatan Penanda Aras dan Pembudayaan EKSA ke Sekolah Kebangsaan Mukah pada 24 Julai 2024.
Lawatan yang diketuai oleh En. Sophian bin Sout selaku Penasihat EKSA PMU mewakili pengurusan atasan telah dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan menerusi pendedahan secara terus kepada persekitaran EKSA. Dalam masa yang sama lawatan ini turut diselitkan sesi perkongsian maklumat di antara dua agensi agar pelaksanaan EKSA dilaksanakan dengan lebih terarah.
 
Rombongan dari PMU telah disambut baik oleh pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Mukah iaitu Cikgu Burhanuddin bin Kaderi bersama dengan Jawatankuasa EKSA SK Mukah. Umum mengetahui bahawa Sekolah Kebangsaan Mukah baru-baru ini mendapat pencapaian Cemerlang hasil dari Audit yang telah dilaksanakan pada November 2023, dan diharap lawatan penanda aras kali ni dapat memberikan panduan kepada EKSA PMU, untuk bergerak kearah pensijilan yang cemerlang oleh pihak MAMPU pada pengauditan yang akan datang. Program telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
 
#pmugemilang
 
Ikuti perkembangan EKSA PMU di:

📘 FB : https://web.facebook.com/profile.php?id=61556355299124&mibextid=LQQJ4d&_rdc=1&_rdr

TikTok : https://www.tiktok.com/@eksa_pmu?_t=8oj19dlssfq&_r=1