Bengkel Semakan Bahasa & Teknikal Bersama Penasihat Akademik & Penasihat Industri Program Sijil Kejuruteraan Mekanikal

Seramai 20 orang pensyarah Dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menghadiri Bengkel Semakan Bahasa & Teknikal Bersama Penasihat Akademik & Penasihat Industri Program Sijil Kejuruteraan Mekanikal anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), PMU. Bengkel diadakan selama empat (4) hari bermula pada 9 hingga 12 Julai 2024 (Selasa - Jumaat) bertempat di Bilik Seminar ULPL PMU & Dalam talian MSTEAM.
 
Bengkel diadakan bertujuan untuk menyelesaikan penyemakan/ pemurnian bahasa untuk dokumen kurikulum program Certificate in Mechanical Engineering, menyelesaikan penyemakan/ pemurnian kesesuaian sukatan program Certificate in Mechanical Engineering dan menyediakan dokumen kurikulum yang penting untuk keperluan permohonan kelulusan MQA.
 
Majlis penutupan dan perasmian di sempurnakan oleh Suhaili Bin Aleh, Pengarah Politeknik Mukah.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Iskandar Bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Mohd Ghafran Bin Mohamed,Pengerusi Bengkel, Redza Izwan Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi, Ts. Dr Chen Wong Keong, Pengarah program dan Len Bin Annuar Rigos Timbalan Pengarah Program.
 
#pmugemilang