Program Smartgreen Earth Hour: Energi Masa Depan

Program Smartgreen Earth Hour Energi Masa Depan bagi tahun 2024 melaksanakan Lights Off di seluruh Politeknik Mukah berjaya dilaksanakan oleh seluruh warga Politeknik Mukah (PMU) pada malam29 Jun 2024 yang lalu.
 
Program ini bermula pada jam 8.30 hingga 9.30 malam yang mana semua warga PMU telah menutup suis lampu di kediaman masing-masing.
Menurut Nuwairani Azurawati binti Siha, Pengerusi Program Smartgreen Earth Hour Energi berkata, program ini diadakan bertujuan untuk menekankan kepentingan teknologi hijau dalam mengurangi jejak karbon di institusi dan komuniti.
 
Antara kawasan yang terlibat ialah kolej kediaman, Bangunan dan kawasan pentadbiran serta bangunan akademik, di kamsis, kawasan Pusat Islam, Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Fasiliti dan kawasan-kawasan yang berkaitan.
 
#pmugemilang