Kejohanan Bola Tampar Wanita sempena Liga Sukan Komuniti

Politeknik Mukah tidak ketinggalan menghantar Satu pasukan yang dinamakan KESURES PMU Vb yang terdiri seramai 13 orang pemain pilihan PMU mengikuti Kejohanan Bola Tampar Wanita sempena Liga Sukan Komuniti yang telah berlangsung pada 29 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Sukan Tertutup, Mukah baru-baru ini.
Kejohanan Bola Tampar Wanita adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Seramai 7 pasukan di sekitar Bahagian Mukah telah mengambil bahagian menyertai kejohanan tersebut dan berentap untuk mengambil nama sebagai pasukan juara dalam pertandingan tersebut.
Pasukan KESURES PMU Vb dibawah Ts.Fairose binti Mohtar sebagai Pengurus Pasukan, Hilda binti Jateng sebagai Jurulatih dan Aiesah binti Karim sebagai Ketua pasukan.
 
#pmugemilang