Program 3G SMAW SKKP

Seramai 24 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menghadiri program 3G SMAW SKKP yang diadakan di CIDB Kuching, Sarawak baru-baru ini. Peserta terdiri daipada 6 orang pelajar perempuan dan 18 lelaki dari semester 4 hingga semester 6. Program dibawah anjuran Jabatan Kejurteraan Mekanikal dan CISEC Politeknik Mukah dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2024 – 23 Julai 2024 ini.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal kimplan pelajar kepada 3G dan meningkatkan jaminan pekerjaan kepada pelajar yang akan memulai bidang pekerjaan setelah tamat pengajian. Sepanjang tempoh program, peserta disediakan tempat penginapan di CIDB Kuching dan mereka akan diberi latihan secara teori dan amali sepanjang tempoh program.
 
Di akhir program peserta akan mengikuti ujian kelayakkan untuk memastikan mereka adalah kompetent terhadap program yang mereka jalani.
Tenaga pengajar teori dan amali adalah dibawah seliaan CIDB. Dua orang pensyarah pengiring iaitu Wan Jamalilail bin Wan Mod Zen merangkap Pengarah Program dan juga Mohamad Sophian bin Borhan akan membantu dan mengawasi peserta di sana.
 
#pmugemilang