Program Kapal Layar DiRaja Tunas Samudera

Empat pelajar Politeknik Mukah telah terpilih untuk menyertai Program Kapal Layar DiRaja Tunas Samudera Voyage 472/24. Program berprestij ini, anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), akan berlangsung selama 12 hari, bertempat di Lumut, Perak dan Langkawi, Kedah.
 
Pelajar-pelajar yang terpilih adalah:
1. Alif bin Zaini - Pelajar Jabatan Perdagangan
2. Harith Aiman bin Daros - Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam
3. Lily anak Pada - Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4. Navashen a/l Svraj - Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 
Mereka adalah wakil Sekretariat Rakan Muda Politeknik Mukah. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti pelayaran dan latihan, dengan matlamat untuk memupuk semangat kepimpinan dan kerjasama di kalangan peserta. Pelajar-pelajar terpilih dijangka memperoleh pengalaman yang berharga dan kemahiran baru yang berguna untuk masa depan mereka.
 
#pmugemilang