Bengkel Asas Pendawaian Elektrik

Bengkel Asas Pendawaian Elektrik anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Mukah dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mukah telah berlangsung pada 20 & 21 Jun 2024 yang lalu.
 
Peserta terdiri daripada staf sokongan akademik, Politeknik Mukah manakala penceramah bengkel tersebut terdiri daripada 5 orang pensyarah pakar dalam bidang pendawaian elektrik. Bengkel ini telah memberikan pendedahan kepada peserta tentang keselamatan, penyambungan dan fungsi bagi setiap komponen yang digunakan dalam litar pendawaian.
 
#pmugemilang