Bengkel Pengacaraan dan Penulisan Teks Ucapan Yang Berkesan

Seramai 40 orang peserta telah tamat menghadiri Bengkel Pengacaraan dan Penulisan Teks Ucapan Yang Berkesan anjuran Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Mukah. Bengkel ini telah berlangsung selama satu hari bertempat di Bilik TECC, UIDM, Politeknik Mukah. Penceramah jemputan yang di jemput ialah Iszuan bin Haroni, Setiausaha Eksekutif SABERKAS Sarawak.
 
Tujuan menganjurkan bengkel Pengacaraan dan Penulisan Teks Ucapan Yang Berkesan ialah untuk memahami teknik penyediaan skrip dan kemahiran yang diperlukan dalam mengacarakan sesuatu majlis. Selain itu demi untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam mengacarakan sesuatu majlis dan untuk menghasilkan teks ucapan yang bersesuaian dengan sesuatu majlis.
 
Di samping itu, untuk perkongsian teknik dan tips kepengacaraan dalam simulasi dan pembangunan keyakinan diri apabila berada di atas pentas. Majlis penutupan dan perasmian disempurnakan oleh Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) bagi mewakili Pengarah Politeknik Mukah.
 
#pmugemilang