Empat Pelajar PMU Galas Cabaran Di Pertandingan Kemahiran Kebangsaan Pra-WSMB 2024

Kontinjen PolyCC dari PMU telah diwakili oleh dua orang pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu William Fung Kah Ho dan Izz Ariff bin Khushairi, dalam bidang IT Network System Administrations (ITNA); dan dua lagi pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Leonard anak Ngelingkong dan Mohamad Khafizul Hisham bin Musa, dalam bidang Mechanical Engineering CAD (MECAD) ke Pertandingan Pra-Kelayakan Kebangsaan Worldskills Malaysia Belia (Pra-WSMB) 2024.

Pra-WSMB dalam bidang ITNA telah berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) pada 15 – 17 Mei 2024. Mereka disusuli oleh peserta bidang MECAD iaitu di Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL-MFI), Bangi pada 25 – 30 Mei 2024 setelah menyertai Latihan Intensif Pusat bersama peserta PolyCC dari Politeknik Malaysia yang lain di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam pada 22 – 24 Mei 2024.

Keputusan kelayakan ke Peringkat Akhir Kebangsaan Worldskills Malaysia (Akhir WSMB) 2024 akan diketahui pada 26 Jun 2024 di laman web rasmi skillsmalaysia. Pertandingan Akhir WSMB 2024 dijangka akan berlangsung pada Ogos/September 2024.