Deligasi Politeknik Mukah diketuai oleh Encik Iskandar bin Reduan, Timbalan Pengarah (Akademik) telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan dengan pihak Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) di TEGAS Digital Village, Kuching baru-baru ini.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi bagi mengukuhkan aktiviti pendidikan dan mempromosikan TVET dan STEM di Bahagian Mukah. Beberapa peluang usahasama strategik telah dikenalpasti khususnya dalam pelaksanakan Program Karnival STEM @Mukah 2024, peringkat Bahagian Mukah yang direncanakan pada Oktober 2024 kelak.
Turut hadir sama dalam lawatan ini adalah Encik. Sophian bin Sout (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), Encik Sudiman bin Suhaili (Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer), Encik. Mohd Radhi bin Musa (Ketua Kursus Sains) dan , Encik. Mohd Baharruddin bin Mohamad (Ketua Unit Komunikasi Dan Korporat) Politeknik Mukah.
#pmugemilang
