Bengkel Penerbitan Bahan Digital Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Berbentuk Augmented Reality (AR) yang diajurkan oleh Jawatankuasa e-Pembelajaran dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Mukah telah dilaksanakan pada 12-13 Jun yang lalu.
Penceramah Jemputan bengkel ini dalah daripada tenaga pengajar Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Peserta terdiri daripada Pensyarah Politeknik Mukah dan Pensyarah Politeknik Metro Betong, Sarawak. Bengkel ini memberi pendedahan dan pengetahuan dalam membantu pensyarah menghasilkan bahan digital berbentuk AR dalam pengajaran dan pembelajaran serta menigkatkan kemahiran teknologi digital dalam kalangan warga kerja Politeknik Mukah.
#pmugemilang
