Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Askar Wataniah

Seramai 44 orang pelajar Politeknik Mukah (PMU) menghadiri Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Askar Wataniah di Politeknik Mukah. Askar Wataniah merupakan salah satu subjek kokurikulum di institusi dan menjadi pemangkin utama untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa hadapan demi untuk melahirkan ramai graduan yang holistik dan berjaya dalam bidang masing-masing serta menjadi rebutan dan pilihan utama dalam pasaran pekerjaan.
 
Selain daripada itu, kursus ini juga adalah persediaan bagi para pelajar menghadiri Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MalPTAAC) Siri 15/2024 yang bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis kelak.
 
Majlis Penutupan APMS dan Kunjungan Hormat TK Rej 510 AW disempunakan oleh Lt Kol Riyadhul Fuad bin Shafie, Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah di Politeknik Mukah dan dihadiri oleh Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Mukah bertempat di Dewan Kuliah Utama PMU.
 
#pmugemilang