Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Antara Blok Kolej Kediaman Sesi II 2023/2024 Politeknik Mukah

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN ANTARA BLOK KOLEJ KEDIAMAN SESI 2 : 2023/2024 yang telah diadakan pada  29 APRIL HINGGA 06 MEI 2024 yang lalu. Keseluruhan pencapaian pertandingan ini mencapai objektif penganjuran dimana keseluruhan penghuni kolej kediaman menyahut cabaran pertandingan ini melalui gotong-royong perdana yang dilaksanakan pada 27.4.2024 dan 28.04.2024 (Sabtu & Ahad). Didapati rata-rata penghuni memiliki tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran Kolej Kediaman dan memupuk semangat disiplin dan kerjasama di kalangan penghuni. Terdapat 4 Kategori yang dipertandingkan meliputi Blok Terhebat, Bilik Rekreasi Terhebat, Bilik Penghuni Terhebat dan Tandas Terhebat dengan hadiah tunai terkumpul bernilai RM1380. Markah purata keputusan pertandingan bagi Kolej Kediaman Siswa adalah 167.25 manakala purata bagi Kolej Kediaman Siswi adalah 207.88. Blok terhebat Kolej Kediaman Siswa jatuh kepada Blok C dengan markah 173 manakala Blok G pemenang bagi blok terhebat Kolej Kediaman Siswi.