HEBAHAN RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK MUKAH, SARAWAK

Pendaftaran Kehadiran ke Majlis Konvokesyen Politeknik Mukah kali ke - 16 kini dibuka!
 
Dengan ini, dijemput semua bakal graduan yang akan hadir atau tidak akan hadir untuk mengisi maklumat kehadiran serta mengemaskini maklumat diri dalam sistem e-Konvokesyen yang disediakan dengan mengimbas kod qr seperti tertera.
 
Kerjasama semua bakal graduan akan memudahkan urusan anda dan juga urusan kami.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Politeknik Mukah.
 
Tahniah kepada semua bakal graduan Majlis Konvokesyen kali ke-16. Jumpa anda semua September nanti.
 
Sila share makluman ini kepada rakan-rakan anda.