JERAYAWARA SMARTGREEN POLYCC 2024 ZON SARAWAK & MAJLIS PENUTUP JERAYAWARA POLYCC 2024

Anjuran Unit Teknologi Pertanian (UTP), Bahagian Kurikulum (BK), JPPKK dengan kerjasama Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Tarikh : 9 Mei 2024
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Jubli Perak
 
Telah berlangsung Pelancaran Jerayawara Smartgreen PolyCc 2024 Zon Sarawak & Majlis Penutup Jerayawara PolyCc 2024 di Politeknik Kuching Sarawak. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Akademik), Encik Mohd Noor bin Shahudin. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Bahagian Kurikulum, Dr. Zamzam Bin Mohd Walid, Timbalan Pengarah Seksyen Teknologi, Bahagian Kurikulum, LAr. Rohaniah binti Mohd Nor, Pengarah-Pengarah Polycc Zon Sarawak serta Pengurus Smartgreen Polycc Zon Sarawak
 
Sesi taklimat jerayawara ini disampaikan oleh LAr. Rohaniah Binti Mohd Nor, Hj. Mohammad Yusof Bin Sulaiman, Ts.Murugan Krishnan, Encik Wan Burhanuding Bin Ibrahim dan Puan Noradilah Binti Sukor iaitu team SmartGreen Polycc.
 
Objektif majlis ini adalah:
i. memperkenalkan Blueprint Smartgreen Polycc 2021-2026
ii. memperkenalkan budaya hijau dan melestarikan politeknik dan kolej komuniti selaras dengan objektif pembangunan Blueprint Smartgreen Polycc 2021-2026
iii. memperkukuhkan kolaborasi antara institusi yang terlibat.
Tujuan jerayawara ini diadakan adalah untuk memberi penerangan serta tunjuk ajar mengenai SmartGreen PolyCC dan GPM, laman web dan rubrik MPCCSustAward serta UI GreenWorld University Ranking.