CSR SUKARELAWAN POLYCC : KHIDMAT BAKTI LONJAK PRESTASI DI SMK BEKENU SUBIS, MIRI

Alhamdulillah, Program CSR Sukarelawan PolyCC: Khidmat Bakti Lonjak Prestasi di SMK Bekenu, Subis telah berjaya dilaksana pada Sabtu, 11 Mei 2024 yang lepas.

Program CSR ini merupakan program anjuran JTMK bersama JHEPP dan UPCOT. Antara pengisian aktiviti yang dilaksana ialah:

1. Bengkel Flutterflow

2. Bengkel Tips Matematik SPM

3. Cybersecurity Awareness Talk

4. Ceramah Outreach PolyCC

5. Pameran projek akhir pelajar DDT.

Melalui pelaksanaan aktiviti ini secara tidak langsung telah membantu menyumbang kepada 119 penyertaan bagi KPI program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) PMU. Majlis perasmian penutupan program CSR telah disempurnakan oleh KJTMK mewakili Timbalan Pengarah (Akademik), PMU dan turut disertai oleh Puan Hajjah Darmah bin Hj Mubin, Pengetua SMK Bekenu, guru-guru, pelajar SMK Bekenu serta semua AJK Pelaksana Program.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak di samping mempromosi PMU sebagai salah satu institusi TVET kepada komuniti setempat.