MALAM SERIBU BINTANG 2024 (MSB 2024)

     Kelab Kebudayaan & Warisan, Politeknik Mukah (Warisan Permata Seni) dengan Kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum, dan Kebudayaan telah menganjurkan produksi MALAM SERIBU BINTANG 2024 (MSB 2024) pada 8 malam, 26 dan 27 April 2024 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Mukah. MSB 2024 pada mengetengahkan lima (5) kategori persembahan secara langsung iaitu Teater, Tarian Moden, Tarian Tradisional, Nyanyian dan Band serta Gabungan Nyanyian dan Tarian.
     MSB2024 berjaya mengetengahkan bakat terpendam para penuntut di Politeknik Mukah (PMU) tanpa mengira bangsa, agama, mahupun jurusan. Semoga aktiviti sihat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang disamping mengasah kemahiran insaniah penuntut di PMU melalui pengurusan program dan menjaga keharmonian kebudayaan sejagat.
     Juga terlibat, Badan Beruniform Relasis 2, Kelab Kokurikulum Kraftangan, Kelab Kokurikulum Fotografi, Kelab Kokurikulum Teater, dan Kelab Kokurikulum Tarian Tradisional. Juga berterima kasih kepada Shaqqira Enterprise dan Team Media Terjun.