Green Heart CSR Small Hands, Big Impact: Building A Better Community With Kids

Seramai 39 orang pelajar DPM 3A dan 3B, Diploma Pengajian Perniagaan Politeknik Mukah mengadakan aktiviti gotong-royong di Pusat aktiviti kanak-kanak (PAKK) di Taman Orkid, Mukah hari ini. Aktiviti yang dijalankan ini adalah sempena program Green Heart CSR Small Hands, Big Impact: Building a Better Community with Kids.
 
Terdapat dua Sesi/aktiviti dijalankan iaitu gotong-royong bersama kanak- kanak PAKK. Selain kerja gotong-royong Permainan "FOCUS", Permainan "Replace Me", Permainan " Siapakah Aku", Permainan Spelling Test dan aktiviti mewarna turut diadakan.
 
Perasmian Majlis program Green Heart CSR dirasmikan oleh Dariel Thiong Yiew Seng, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah bersama Daphne Jane Anak Dagut, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Mukah.
 
Program ini diketuai oleh Priscilla Douglas Udam selaku Pengarah program bersama 8 orang pensyarah lain Dari Jabatan tersebut.