Kursus Kepimpinan Transformatif dalam Pengurusan Organisasi anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Mukah telah berlangsung pada 13 & 14 November 2024 di Bintulu Sarawak. Antara lokasi menjadi pilihan untuk melaksanakan modul kursus adalah di Taman Tumbina, Pantai Tanjung Batu dan Golden Bay Hotel.
Peserta kursus terdiri daripada Ahli Pengurusan Tertinggi Politeknik Mukah iaitu Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit Politeknik Mukah.
Kursus ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kemahiran kepimpinan serta tatacara pengurusan. Di samping itu, ianya dapat membina jati diri, integriti dan keterampilan kepimpinan dalam diri bagi meningkatkan pencapaian organisasi.
Kursus ini secara tidak langsung dapat melatih peserta untuk mewujudkan suasana kerja yang menyokong ke arah pencapaian misi, visi dan objektif organisasi.
