Taklimat EKSA Kepada Pelajar Baharu

Telah berlangsung satu sesi TAKLIMAT EKSA kepada pelajar baharu Politeknik Mukah yang diadakan sempena Minggu Inspirasi Siswa Sesi I: 2024/2025 Politeknik Mukah.
Taklimat yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA Politeknik Mukah bertujuan memberi pendedahan awal dan penerangan kepada para pelajar baharu tentang pelaksanaan EKSA di Politeknik Mukah.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Izan Fahmee binti Nordin selaku Fasilitator EKSA PMU dan dibantu oleh Puan Norliza binti Abdul Razak selalu Ketua Jawatankuasa Promosi EKSA Politeknik Mukah.
Di sesi taklimat ini beberapa orang pelajar telah berjaya memenangi hadiah pertandingan Kuiz EKSA yang telah diadakan.
Jawatankuasa EKSA Politeknik Mukah merakamkan ucapan terima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya sesi taklimat ini.