PROGRAM OUTREACH PENDIDIKAN LUAR PELAJAR PRIBUMI BELAGA KE POLITEKNIK MUKAH

Seramai 79 orang pelajar gabungan dari SMK Bakun dan SMK Belaga telah membuat lawatan sambil belajar ke Politeknik Mukah bagi Program Outreach Pendidikan Luar pelajar Pribumi Belaga pada 13 Jun yang lalu. Pelajar yang hadir adalah terdiri daripada pelbagai kaum seperti etnik Penan, Sihan dan Kayan.
 
Rombongan diketuai oleh Cikgu Wanus Lasan, Penolong Kanan Hal Ehwal murid Murun Penan Development Community (MPDC) bersama Romio Deng, Pegawai Amanah Bakun.
Pelajar tersebut adalah daripada pelajar  Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan lepasan Tingkatan 5.
Ketibaan rombongan disambut oleh Encik Iskandar Bin Reduan, Timbalan Pegarah (Akademik) dan Encik Sophian Bin Sout, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).
 
Program telah dirasmikan oleh Encik Iskandar Bin Reduan, Timbalan Pengarah (Akademik) bertempat di Dewan Kuliah Utama manakala Taklimat suaikenal Serta sesi Penerangan tentang Politeknik disampaikan oleh Encik Muhammad Hazim Fahmi Bin Mohd Ghaffar, Pegawai Hal Ehwal Pelajar ( Kebajikan & Disiplin). Turut hadir ialah Encik Sophian Bin Sout, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan Cik Aieseh Binti Karim, Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar.
 
#pmugemilang