Kursus Pensijilan Profesional Fiber Optic (CA2C) anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Mukah dengan kerjasama Telekom Malaysia telah berlangsung di Politeknik Mukah baru-baru ini.
Seramai 22 orang peserta yang semuanya terdiri pensyarah Politeknik Mukah telah menduduki peperiksaan profesional yang dijalankan oleh Telekom Malaysia dengan keputusan 22 orang tersebut lulus dengan jayanya seterusnya melayakkan mereka dinobat sebagai pekerja cekap dalam bidang kemahiran rangkaian (2C).
Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Politeknik Mukah mempunyai tenaga pengajar yang kompeten dan berkemahiran tinggi.