Bengkel Pengukuhan Simurosot

26-28 March 2024 - Politeknik Mukah Sarawak telah mengadakan sesi perkongsian ilmu melalui Bengkel Pengukuhan Simurosot anjuran Bahagian Kurikulum (BK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta kerjasama dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi di Politeknik Mukah Sarawak.
 
Bengkel Pengukuhan Simurosot ini mengandungi dua kategori iaitu Autonomous Vehicle dan Air Simulator. Kedua-dua kategori ini dipertandingkan secara simulasi dimana peserta akan diajar untuk melaksanakan teknik penulisan pengaturcaraan yang bersesuaian mengikut kategori yang akan dipertandingkan.
 
Sesi perkongsian ilmu telah dilaksanakan selama tiga hari bagi memenuhi keperluan asas dalam pelbagai topik yang menfokuskan aspek dari segi keperluan minimum perkakasan komputer, perisian simulasi Ros Neotic, simulasi car autonomous, simulasi air drone dan OpenCV. Sepanjang perlaksanaan bengkel ini peserta didedahkan dengan teknik pengaturcaraan, penyelesaian masalah dan aktiviti pengukuhan amali. Setiap aktiviti telah disusun dan dirangka dengan baik bagi memenuhi keperluan persediaan pertandingan Fira Malaysia Cup 2024.
Bengkel ini berjaya dilaksanakan melalui kaedah praktikal secara maya bagi memudahkan sesi perkongsian dilaksanakan terutama penyertaan dari zon borneo. Bengkel ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan disertai oleh 17 Politeknik dan 5 kolej komuniti seluruh malaysia. (PMU, PUO, POLISAS, PTSB, PPD, PSP, PMJ, PKK, PSA, PSMZA, PIS, PSIS, PIS, PKT, PKS, PMM, PMS, KK JELEBU, KK SANTUBONG, KK SARIKEI, KK ROMPIN, KK ARAU)
 
Peserta yang hadir telah disambut baik oleh Timbalan Pengarah En Iskandar Bin Reduan diringi Ketua Jabatan Elektrik iaitu Tuan Samsawi Bin Bujang dan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Puan Aisyah Suhailla Binti Hj Jili.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Akademik JPPKK En Mohd Noor bin Shahudin merangkap Presiden Fira Malaysia Chapter.