MUKAH - 14 Mac 2025
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Mukah (PMU) yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam mengumpul bahan terpakai bermula dari 23 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025. Pengumpulan bahan kitar semula yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut tersebut telah berjaya mengumpul sisa seberat 7048.6 kilogram dengan jumlah jualan sebanyak RM 1136.50 .
Program yang dianjurkan oleh SmartGreen PolyCC PMU dengan kerjasama syarikat S.A.R Enterprise bertujuan untuk memupuk budaya kitar semula dalam kalangan warga PMU sekali gus dapat menjana kewangan dari hasil penjualan bahan kitar semula. Program ini diharapkan dapat meningkatkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian, memupuk semangat cintakan alam sekitar dan mengurangkan penghasilan sisa buangan di tapak pelupusan sampah.
Teruskan usaha hebat ini, PMU!
