Keputusan Pertandingan Kebersihan dan Kecerian antara Blok Bagi Kolej Kediaman Sesi 1 :2024/2025

Program Pertandingan Kebersihan dan Kecerian antara Blok Bagi Kolej Kediaman Sesi 1 :2024/2025 ini merupakan satu program rutin yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman, Jawatankuasa Warden dan Unit Pengurusan Kolej Kediaman pada setiap semester. Penglibatan program ini adalah wajib kepada semua pelajar yang mendiami Kolej Kediaman Politeknik Mukah. Aktiviti­ yang telah dijalankan adalah seperti:
a)    Gotong-royong kebersihan dan keceriaan blok.
b)    Pertandingan Bilik Rekreasi Terhebat
c)    Pertandingan Bilik Penghuni Terhebat
d)    Pertandingan Tandas Terhebat
e)    Blok Terhebat (paling bersih dan ceria secara keseluruhan)

Berikut merupakan keputusan pertandingan sesi 1 2024/2025. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar KAMSIS PMU.