Lawatan Amal Jalinan Kasih: JTMK PMU Beri Sokongan Kepada Anak Yatim di Sibu

Sibu, 25 Oktober 2024 – Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mukah (PMU) telah menganjurkan program Lawatan Amal Jalinan Kasih di Kompleks Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang, Sibu, bertujuan memberi sokongan kepada anak-anak yatim di sana.
Program ini bukan hanya melibatkan sumbangan barangan keperluan harian dan makanan, tetapi juga disertai aktiviti sokongan emosi dan moral melalui interaksi anggota Society of IT Students (SITS) bersama anak-anak yatim. Program ini bertujuan menyemai kasih sayang dan memberikan semangat serta kebahagiaan kepada mereka.
Selain membantu memenuhi keperluan asas, lawatan ini juga meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya sokongan komuniti terhadap kehidupan dan kesejahteraan anak-anak yatim, agar mereka turut merasakan kehangatan kasih sayang dan perhatian.