Karnival Jabatan Pengajian Am dengan tema Exploring Language, Ethics, and Faith

PMU, 17 - 18 Oktober 2024 - Karnival Jabatan Pengajian Am dengan tema Exploring Language, Ethics, and Faith telah berlangsung pada 17 dan 18 Oktober di ruang legar, kantin PMU dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Busana Etnik, Pertandingan Lagu Patriotik, Pertandingan Rekacipta Inovasi, Pameran Reruai Etnik dan aktikiti-aktiviti Bahasa Inggeris seperti What Say You?, Words Beyond Boundaries, Scattegories, Scrabble, Readers' Theatre dan Public Speaking. Selain itu, Kelab Bahasa Mandarin juga mengadakan Pameran Kelab Bahasa Mandarin dan Pameran Kraftangan Tradisional.
 
Karnival JPA 2024 telah melabuhkan tirainya dengan majlis penutupan yang dirasmikan oleh Encik Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik pada 18 Oktober 2024. Majlis ini juga menyaksikan pelancaran rasmi Kelab Pelajar Jabatan Pengajian Am, EduSphere Pmu oleh Timbalan Pengarah sokongan Akademik bersama Ketua Jabatan Pengajian Am, En.Mohamad Sobri Suhaili
 
Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tradisional yang memukau dari pelajar MPU24041, diikuti sesi penyampaian hadiah dan sijil bagi pertandingan Reruai Etnik, Rekacipta Inovasi, Nyanyian Patriotik, dan Busana Etnik. 
 
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta!!!
 
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dianjurkan sepanjang karnival bahkan sambutan dari para pelajar serta pensyarah sangat menggalakkan. Tahniah kepada semua jawatankuasa pelajar dan pensyarah yang telah bertungkus lumus menjayakan acara ini.
 
Kita jumpa lagi di program-program yang akan datang!!!