Webinar "Everything About Publication" Tumpu Alat AI dalam Penulisan Artikel Jurnal

09 Oktober 2024 Mukah, Sarawak – Bersempena dengan Sambutan Bulan Akademia Zon Sarawak, Politeknik Mukah melalui Jabatan Perdagangan dan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK), dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), telah menganjurkan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH): Webinar Everything About Publication: Focusing on AI Tools in Journal Article Writing secara hibrid. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Iskandar bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah, dengan tujuan memperkasakan para peserta dalam penggunaan teknologi AI untuk meningkatkan kualiti penulisan jurnal ilmiah.

Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Pengarah Akademik menyatakan bahawa penggunaan teknologi AI bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan dalam penyelidikan dan penulisan ilmiah, terutamanya bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan penulisan. Program ini, yang selaras dengan matlamat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), diharapkan dapat membuka minda peserta tentang cara-cara memanfaatkan AI dengan berkesan dalam kerja-kerja akademik mereka.

Webinar ini menampilkan Ts. Dr. Saifudin Hafiz bin Yahaya, Pensyarah Universiti dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), yang berkongsi ilmu mengenai tatacara penggunaan AI dalam penulisan akademik, memberikan manfaat besar kepada para peserta yang terdiri daripada ahli akademik dan penyelidik.

Program ini adalah salah satu usaha Politeknik Mukah dalam menyokong perkembangan teknologi dan inovasi dalam dunia akademik, selaras dengan matlamat pembelajaran sepanjang hayat.