Bengkel Membaikpulih Kolej Kediaman ke arah Kolej Kediaman Lestari

Bengkel ini telah dilaksanakan pada 28 September 2024 (Sabtu) bertempat di ruang Polymall,Unit Pengurusan Kolej Kediaman yang disertai oleh 7 orang staf Unit Pengurusan Kolej Kediaman dan 24 orang pelajar yang terdiri daripada beberapa orang pelajar dari kelas DKA5C,Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman dan juga wakil penghuni Kolej Kediaman daripada pelbagai Jabatan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Fasilitator bengkel iaitu Pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam,Encik Mohd Rizal bin Khatib kerana telah memberikan idea kreatif dan sangat praktikal. Dalam pada itu juga, terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pusat Islam yang telah menghulurkan sumbangan dalam menjayakan bengkel ini yang mana program ini akan memberikan impak positif dalam menyediakan kemudahan bilik yang kondusif kepada penghuni kolej kediaman. Bengkel yang dilaksanakan sehari ini telah berjaya membaikpulih sebanyak 72 buah katil di mana telah melebihi sasaran awal hanya 43 buah katil. Terima kasih juga kepada pihak kontraktor kebersihan lelaki yang telah menyumbangkan tenaga untuk mengangkut katil-katil dari Bilik Rekreasi Blok H ke ruang Polymall.